UNISZA is always in my heart💓

Assalamualaikum semua...

Aku nak cerita betapa rindunya aku pada UniSZA sekarang ini..😌😁hehehe

Selepas aku SPM, aku dapat tawaran untuk sambung belajar ke matriks (sains) di Tangkak, Johor atau ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk diploma (perdagangan antarabangsa). Macam biasa, aku berada dalam kekeliruan untuk memilih antara 2 tempat tu. Oleh kerana aku dimomokkan dengan suasana belajar di matriks 😅iaitu masa yang singkat, and aku pula nak tukar ke akaun (which I not fully confident about it) ..sebab aku rasa aku tak boleh pergi jauh dengan sains hahaha, maka aku pilihla UniSZA. Bukan senang juga sebenarnya aku nak pilih UniSZA, dah doa dah solat, akhirnya aku yakin dengan pilihan aku. Ada juga bisikan-bisikan yang kata , "kau tak menyesal ke hidayah..3 tahun kot diploma", "kau tu lepasan sekolah sains, takkanlah nak ambil diploma" huhuhu tetapi aku tetap dengan pendirianku sebab aku tahu bagaimana cara aku belajar.

Dipendekkan cerita, sampai sahaja di Unisza untuk daftar, aku dapat tahu bahawa diploma di Unisza hanya 2 tahun (kecuali kos perubatan..tetap 3 tahun) walaupun dah dinyatakan sebenarnya dalam surat tawaran tetapi aku tak perasan.haha

Maka bermulalah kisah hidupku di UniSZA. Kisah pahit, manis, masam, suka duka semuanya ada. Betul-betul aku tak boleh lupa semua kenangan di UniSZA. Start daripada kawan, pensyarah, kafe sampailah ke tempat UniSZA itu sendiri. Pada pendapat aku, UniSZA itu benar-benar dapat membawa diri aku dan students lain juga untuk sentiasa melakukan kebaikan kerana kau dikelilingi dengan suasana orang baik-baik, events yang bangkitkan semangat ummah menegakkan kebenaran Islam, masjid dan surau yang sentiasa meriah dengan ceramahnya, belum cerita bab bulan puasa lagi...apabila dikenang semula, memang indah sangat lah kalau nak cerita pengalaman berpuasa dekat sana😭Serious aku rindu.

Jadi, pada siapa-siapa yang dapat UniSZA sebagai tempat untuk sambung belajar, please grab the opportunity! dan jangan sia-siakan peluang tersebut. Benar, UniSZA pun ada kekurangannya tetapi aku tak nampak yang kekurangan itu boleh effect cgpa ke atau niat belajar kita ke UniSZA. Jangan risau, UniSZA Gong Badak itu memang kawasan bandar..nak pergi shopping ke, ada Mydin, nak relieve strass, melambak je pantai kat situ, nak makan best-best pun banyak tempat makan yang kau akan nak pergi banyak kali nanti. Haa! kalau nak hiking ke..pun banyak je gunung and bukit kat Terengganu itu.

Pesan aku: Gunakan sebaiknya peluang menimba ilmu dan pengalaman di UniSZA..








Comments

  1. Salam..hi, saya dari masa depan..kenangan study kat kusza masih dalam ingatan..banyak kenangan manis disini..cuma abadikan di laci kenangan..ex-kusza 98-2000

    ReplyDelete

Post a Comment