Bungkusan telur

Salam semuaaa...

Semalam iaitu 17/5/2018, kami pelajar kursus Keusahawanan dan Inovasi telah melaksanakan task yang telah diberi oleh Sir Rashan sebulan yang lalu. Tugasnya ialah kami perlu membuat bekas atau bungkusan telur supaya apabila dijatuhkan dari tempat tinggi, telur tersebut tidak pecah. Kumpulan aku telah brainstorm idea dengan menggunakan senarai bahan yang Sir cadangkan. Hasilnya ialah.....



haa, besarkan?

Nak tau tak telur tersebut pecah ataupun tidak?

Jeng jeng jeng

Tak pecah! haahahhah tetapi kami tidak berjaya menjatuhkan pada tempat yang sepatutnya disebabkan ada angin ketika bekas telur kami dijatuhkan ehheheh😂

Selesai semua kumpulan menjatuhkan bekas telur masing-masing, Sir memberi satu lagi tugas iaitu membuat laporan tentang apa yang kami telah pelajari daripada eksperimen telur tersebut dan kaitkan dari segi perniagaan serta kongsikan perasaan kami sebeelum produk dilepaskan dan perasaan selepas produk tersebut jatuh.

Jadi apa yang aku dapat daripada eksperimen semalam ialah kerjasama, mendengar arahan dan sikap percaya pada ahli kumpulan kita sendiri amatlah penting. Kerana sewaktu hendak menjatuhkan produk masing-masing, terdapat kumpulan lain yang memberi kata-kata penurun semangat, memutar belit informasi yang disampaikan dan sebagainya. Jadi sebagai orang yang ingin menjatuhkan produk tersebut mudah keliru dan takut kerana mereka perlu memejam mata mereka iaitu hanya boleh mendengar sahaja arahan daripada ahli kumpulan yang lain. Begitu juga dalam perniagaan, kita kena bekerja sebagai satu kumpulan yang mempercayai antara satu sama lain dan menghormati pandangan, arahan dan nasihat daripada ahli kumpulan kita sendiri kerana internal factors sesebuah syarikat sangat memainkan peranan yang penting untuk terus sukses dalam menjayakan setiap perniagaan yang dilakukan.

Perasaan aku pula sebelum produk kami dilepaskan sudah tentulah gementar, berdebar-debar, takut dan risau telur tersebut akan pecah ataupun tergolek keluar daripada bekas tersebut. Tetapi perasaanku berubah menjadi lega dan agak gembira apabila sudah dilepaskan keran telur tidak pecah  tetapi sedikit kecewa kerana tidak mendarat pada tempat yang telah ditanda.



Comments