KEMBARA PENDIDIKAN TRANSFORMASI SK NAM HENG, SIRI KE 4

Assalamualaikum kepada semua pembaca...

Kali ini aku ingin bercerita tentang program yang aku sertai under Persatuan Anak Negeri Johor, (PERMAJ) UKM. Untuk pengetahuan semua, Permaj telah melakukan satu kontrak dengan Sk Nam Heng selama 5 tahun untuk membantu murid-murid sekolah meningkatkan prestasi pembelajaran dan sifat kepimpinan mereka. Jadi kali ini kami exco-exco daripada permaj mahasiswa UKM yang lain telah pergi ke Sk Nam Heng untuk melaksanakan tanggungjawab kami. Aku sebagai exco percubaan Permaj yang baru sahaja dilantik pada 20 februari 2018 telah diamanahkan untuk menjadi timbalan bendahari untuk program ini. Aku bersyukur kerana ramai senior sudi mengajar dan memberi kerjasama untuk melaksanakan tugas sebagai seorang exco Permaj.

Di Sk Nam Heng, aku dapat belajar banyak perkara daripada murid-murid tersebut. Apa yang kelakar adalah apabila mereka tahu apa yang aku tidak tahu tetapi mereka tidak menyindir dan mentertawakan aku. hahahahahaha juga aku tak boleh lupa bagaimana mereka panggil kita "kakak, kakak" semata-mata untuk bercerita tentang hal mereka seperti apa yang mereka suka, kenapa mereka tidak mahu bercakap di depan khalayak ramai dan sebagainya. Jujur aku katakan ini adalah pertama kali aku berprogram dengan murid-murid sekolah rendah yang mana telah mengajar aku erti sabar, hormat pandangan dan pendapat orang yang lebih muda daripada kita dan cara melayan kerenah budak-budak kecil yang sebenarnya.

Ini adalah gambar-gambar sepanjang aku di sana untuk 2 hari 1 malam, 9-11 Mac 2018.




Comments