Sports

Salam semua..😚

Aku memang seorang yang minat bersukan. Tak kisahlah indoors atau outdoors sports. Dari aku sekolah rendah lagi, aku sudah terlibat dengan 3 sukan. Pertama sekali ialah sukan gimnastik. Haa terkejut tak?😅hehehe tetapi pakaian aku tidak menjolok mata sangat. Kami memakai tshirt dan short legging bawah lutut. Waktu itu aku berusia 9 tahun dan meninggalkan sukan yang cukup membina keyakinan diri ini pada usia 11 tahun. Pada aku, gimnastik telah membuatkan aku menjadi orang yang lebih berkeyakinan dan berani melakukan sesuatu yang baru. Aku sendiri ingin berhenti daripada sukan tersebut sebab aku sudah mula tahu hukum hakam menutup aurat dengan sempurna.

Seterusnya, dalam usia 9 tahun itu juga, coach aku telah menarik aku untuk mencuba dalam sukan hoki dan aku keliru untuk terima atau tidak kerana pada awalnya aku kurang suka sukan tersebut tapi lama-kelamaan rasa minat itu muncul selepas sudah bermain segala kemahiran yang diajar. Dan aku masih lagi bermain hoki sampailah sekarang tapi tidak kerap, on off lah orang kata. Haha

Pada usia aku 11 tahun pula, aku dengan tidak sengaja menceburkan diri dalam sukan bola baling. Aku tidak dapat mewakili sekolah kerana coach ingin aku fokus pada satu sukan sahaja. Lagipun tahun seterusnya aku akan menghadapi UPSR. Jadi aku hanya menurut sahaja kerana tahu ada baiknya.

Di peringkat sekolah menengah, aku masih menyambung sukan hoki. Dalam masa yang sama aku juga memasuki sukan olahraga. Pada peringkat sekolah rendah pun aku dah bergiat aktif dalam olahraga. Aku bermain acara larian dan lompat jauh. Sekolah menengah juga sama, aku bermain acara larian jarak dekat, lompat jauh dan juga lompat tinggi.

Sampai ke universiti, niat aku ingin mencuba-cuba sahaja untuk memasuki sukan softball. Tak sangka pula aku terpilih untuk menjadi wakil kolej tapi hanya setakat itu sahaja kerana masih banyak lagi yang aku tak tahu tentang softball. Aku juga bermain sukan frisbee. Kakak aku yang mula-mula memperkenalkan permainan ini kepada aku dan beradik. Di rumah kami akan bermain sama ada sukan badminton ataupun frisbee.

Sekarang, aku bercita-cita ingin merasa bermain sukan squash, golf, menembak dan memanah. Aku rasakan sukan tersebut unik dan menarik.

Sekian..

Comments