Side Income

Assalamualaikum semua...

Selepas cuti pertengahan semester, aku ada membawa 50 bungkus kecil kuih denderam atau orang selalu panggil kuih telinga keling😅daripada kampungku Batu Pahat, Johor. Aku menjual satu bungkus kecil tersebut dengan harga RM3.50 (sudah termasuk caj penghantaran) di Kolej Rahim Kajai. Aku ambil daripada pembekal dengan harga RM 2.50. Sambutan jualan diterima baik 😁 dan agak laku di kolej pada mulanya kerana tiada sesiapa lagi yang menjual kuih tersebut. Niat aku pada mulanya memang ingin jadikan hasil duit ini nanti sebagai modal perniagaanku nanti 😉 💪, tetapi pendapat aku dan juga mamaku, jualan kuih ini agak lambat kerana tidak ramai yang meminati jenis kuih ini maka aku pun tidak meneruskan jualan kuih tersebut. Dan hasil duit daripada kuih tersebut aku gunakan sahaja sebagai duit perbelanjaanku di UKM...hahahah

Sekian...jumpa lagi

Comments