Selawatlah !

Dalam kehidupan sehari-hari kita, pasti ada sahaja perkara yang berlaku sama ada kita nak ataupun tidak. Pasti ada sahaja yang menguji kesabaran kita, seorang emak yang melayan setiap kerenah anak-anaknya, seorang ayah yang penat bekerja siang hingga malam mencari nafkah, seorang anak yang jihad bertarung mempelajari ilmu, seorang doktor yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai pesakit, seorang pensyarah yang sibuk dengan penyelidikan dan macam-macam lagi.

Jadi, apa perlu kita buat?

Kita hadapi sahaja dengan hati yang terbuka dan rasa syukur yang tinggi pada Allah.

Kenapa?

Sebab bukan kita sahaja yang diuji di dunia ini. Ada ramai lagi manusia menghadapi ujian yang mana setiap ujian yang kita hadapi semuanya berbeza-beza malah lagi berat dan sukar daripada ujian kita.

Dalam firman Allah , sudah dinyatakan dalam surah Al-Ankabut ayat 2 hingga 3 "Adakah manusia fikir bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'Kami telah beriman', dan mereka tidak diuji?" "Sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta".

Maka sebagai seorang muslim yang beriman, janganlah kita berputus asa dengan rahmat Allah SWT, Allah sentiasa mendengar rintihan, harapan, rayuan dan doa kita.

Ya Allah, hanya kepada-Mu sahaja kami memohon pertolongan dan perlindungan...Ampunilah dosa-dosa kami dan mudahkanlah setap urusan kami di dunia dan di akhirat..amin

Aku ingin kongsikan tips-tips yang boleh kita amalkan untuk memudahkan urusan kita di dunia dan akhirat...Apa itu?

ISTIGHFAR
SELAWAT
DOA

Dalam setiap langkah atau perkara yang kita ingin lakukan, lazimilah mulut kita dengan istighfar dan selawat..lama-kelamaan pastinya kita akan terbiasa dan janggal apabila kita tidak melakukannya.

Senarai selawat yang boleh kita dengar, amati dan amalkan😇

-selawat tafrijiyyah
-selawat syifa'
-selawat badariyah
-selawat murah rezeki
-selawat fatih
-selawat lapangkan fikiran (selepas zikir 99 nama-nama Allah)
-selawat kebahagiaan (Tala'al badru 'alaina)
-binnabil huda







































Comments