R A M A D H A N tiba !!!

Marhaban ya Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan

Tak terlambat rasanya untuk mengucapkan salam ramadhan! Alhamdulillah kita tiba lagi pada bulan yang penuh berkah dan mulia iaitu bulan Ramadhan. Pejam celik pejam celik dah bulan ramadhan, lepass ramadhan, syawal pula...Masya Allah sungguh pantas masa berlalu

Aku berharap ramadhan kita semua kali ini menjadi lebih bermakna, berkualiti dan lebih meriah berbanding ramadhan-ramadhan yang lepas, diisi dengan ibadah yang berlipat kali ganda pahalanya...amin

Aku nak share beberapa goals aku untuk ramadhan kali ini...haa siapa nak tahu, angkat tangan! heheheh

1. Kurang tidur
2. Khatam al-Quran at least sekali
3. Bersahur untuk setiap hari (sebab aku memang jenis susah nak bangun sahur..oops)
4. Jadi anak yang solehah (tolong ibu aku masak untuk juadah berbuka bila aku balik kampung nanti)
5. Perbanyakkan solat sunat
6. Subuh awal waktu
7. Bangun solat malam untuk 10 malam terakhir

In shaa Allah dengan goals aku ini, aku harap ramadhan kali ini lebih bererti, tidak sia-sia dan aku berdoa agar semua amalan aku dan kita semua pada bulan ramadhan ini diterima allah SWT.

Kita sama-sama doakan eh😉

Comments