Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur / Kuala Lumpur International Book Fair 2018
Sewaktu tarikh PBAKL 2018 berlansung iaitu pada 27 April - 6 Mei 2018 , aku, kakak aku dan kawannya sempat pergi ke pesta buku tersebut. Aku sangat eksited nak pergi ke sana sebab aku tak pernah pergi dan ada banyak buku yang aku nak beli. Kami pergi ke sana dari UKM menaiki bas MRT sehingga ke stesen Kajang. Sampai sahaja di stesen Kajang, kami mengambil MRT dan berhenti di stesen Maluri. Kemudian, kami mengambil LRT dari stesen Maluri ke stesen Putra tak silap aku. Pesta buku ini diadakan di PWTC.
Nak tahu buku apa yang aku nak beli sangat tu?
Haa...ini dia

Banyak kan? Hampir beratus jugaklah aku belanjakan hehehe. Tetapi aku tak kisah dah sebab memang dah lama aku nakkan buku-buku tersebut lagi buku oleh Hadi Fayyadh, penulis yang terkenal dengan penulisannya yang telah menyentuh banyak jiwa melalui kisah-kisah benar berkaitan dengan hari akhirat. Tapi sayang aku tak dapat beli buku Mengintai aku di Neraka kerana sudah habis stok pada waktu tersebut😕. Tapi tidak apa sebab aku boleh beli lain kali di mana-mana bookstores nanti. Untuk buku Impian Jalanan dan Empayar oleh Teme Abdullah itu pula, memang aku akan pastikan aku beli sebab aku dah ada buku sebelumnya iaitu Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan. Sambungan cerita daripada buku-buku tersebut ialah Impian Jalanan. Walaupun penulis tidak mendedahkan sinopsis cerita untuk Impian Jalanan dan Empayar tetapi masih ramai juga yang beli bukunya. Nak tahu kenapa? Pada pandangan aku, gaya penulisan Teme amat dekat dengan hati anak-anak muda sekarang. Dalam bukunya pasti ada sahaja isu yang berlaku zaman sekarang, dia kupas dengan gaya bercerita dan memberikan analogi which is itu yang aku suka apabila aku nak beli sesebuah buku. Dia juga mengubah persepsi pelajar-pelajar sekarang dengan gaya yang sangat berbeza pada aku. Cara berfikir dia bukan biasa-biasa tapi sangat luar biasa hahahaha nampak tak yang aku memang suka sangat dengan penulisan dia. Nak kenal Teme Abdullah lagi? Follow instagram dia @temeabdullah. Di situ terdapat banyak lukisan yang dia kongsikan dengan pelbagai caption yang menarik.
Okay sekarang tentang buku Stigma oleh Muharikah dan Sekali lagi oleh Auni Zainal. Penulisan Muharikah juga memang aku sudah ikuti dengan bukunya Kanvas dan Hidup Yang Aku Pilih sebelum ini. Aku dapati penulisan Muharikah juga bukan menyentuh soal atau isu yang remeh temeh tetapi dia ingin didik masyarakat dengan gaya pemahaman yang berbeza daripada orang lain dan mengajar masyarakat untuk sentiasa positif mengharungi hidup. Well pandangan orang berbeza-beza, jadi ini adalah pandangan aku. Buku Stigma menyentuh tentang isu lesbian, gay dan stigma terhadap pesakit HIV. "Adakah kita santuni golongan ini tanpa pilih kasih atau kita cenderung untuk menghukum serta tinggalkan mereka?" ...Muharikah.
Manakala aku beli buku Sekali Lagi kerana Muharikah telah mencadangkannya untuk beli dan kebetulan memang aku nak cukupkan kuantiti buku untuk dapatkan diskaun..heheheh
Sekian...maaf sebab lambat share😅
Comments
Post a Comment