MUNGKIN

MUNGKIN


Mungkin aku kena usaha lebih keras untuk dapat yang terbaik

Mungkin aku kena bersangka baik dengan Allah

Mungkin dia sedang dalam kesusahan

Mungkin aku bertindak terlalu tegas

Mungkin satu hari nanti aku akan dapat

Mungkin aku kena sabar sedikit sahaja lagi

Mungkin aku tak patut buat dia macam itu

Mungkin....

Mungkin....

Mungkin....



Dan pelbagai lagi kemungkinan terbit daripada fikiran kita. Pada pendapat aku, apabila kita memungkinkan sesuatu perkara, itu bermakna kita sedang berfikir dan bermuhasabah. Kerana apa? Sebab kita sedang menyesal, sedih, gembira, marah dan pelbagai perasaan lagi yang membuatkan kita hendak sangat akan perkara tersebut untuk banyak kali. Jadi baguslah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya kita tak mahu melakukan kesilapan yang sama untuk akan datang. Tapi kita tak boleh terus salahkan diri sendiri sebaliknya ambil kesilapan tersebut sebagai batu loncatan untuk terus maju.

Comments