Lain Tempat, Lain Orangnya

Hai semua✋

Hari ini dah masuk 3 Ramadhan. Jadi dah 2 malam aku berterawih di masjid UKM. Pada malam pertama, aku dapat rasakan kelainan jemaah di sini berbanding di Johor tempatku dan Terengganu waktu aku diploma dahulu. Apa yang aku perasan di sini adalah.........hahahah takut pula, tetapi aku pun sendiri tak pasti adakah betul ragam jemaah di sini memang begitu atau bagaimana sebenarnya. Sebab sebelum Ramadhan pun aku sudah pernah berjemaah di masjid UKM tetapi selalunya kalau bulan-bulan biasa ramai pelajar daripada orang luar. Okay, straight to the point aku perasan selepas kita solat, jemaah di sini tidak bersalaman. Jadi aku sendiri yang menghulur tangan untuk bersalaman sebab itu salah satu cara dosa kita terampun. Selama kita salam selama itu juga dosa-dosa kita gugur. Aku agak terkejut dengan cara jemaah di sini. Tapi lama-kelamaan aku berfikir yang, betullah orang kata, lain tempat, lain orangnnya, lain juga ragamnya. Maka aku pun just follow the flow.😅

Comments