Don't judge a book by its cover

Kita selalu mendengar words ini kalau kita salah tentang first impression kita terhadap seseorang. Ataupun ketika kita ingin membeli barang, mengenali seseorang, melihat sesebuah rumah atau bilik dan banyak lagi. Aku tak nak menghuraikan maksudnya kerana aku tahu semua orang sudah pun tahu akn maksudnya. Cuma aku ingin menyentuh isu kita menilai seseorang. Kita bukanlah sesiapa, bukanlah Tuhan untuk menilai seseorang itu baik atau jahat, atau ke syurga atau ke neraka seseorang itu. Kita hanyalah hamba yang sama taraf semuanya tapi yang membezakan ialah iman dan taqwa seseorang hamba itu. Tak salah jika kita menilai kesalahan yang dilakukan oleh seorang, at least kita boleh ambilibrah dan pengajaran daripada kesilapan dia. Tetapi janganlah kita menilai atau melabel orang itu jahat once dia melakukan kesilapan yang kita tak pernah buat atau yang kita rasa dosa itu teramatlah berat bagi seseorang muslim terutamanya. Post ini tidak ditujukan pada sesiapa tetapi sekadar ingin menasihati diri aku dan kita semua yang selalu mengambil kerja Tuhan.

Manusia melakukan kesilapan kerana manusia itu sendiri sifatnya lemah. Tetapi kita tak boleh take it as a granted untuk terus melakukan kesilapan yang sama walaupun nampak remeh, kecil dan ringan. Apa yang kita boleh buat ialah belajar menerima kesilapan tersebut dan belajar bagaimana untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama kerana apabila kita melakukan kesilapan yang sama, seolah-olah kita tak pernah ambil tahu mengenai hidup kita dan kita tak nak terus maju dalam kehidupan. Kita juga tak boleh menyisihkan sesebuah masyarakat atau individu kerana melakukan kesalahan tetapi kita ambil langkah memaafkan, mendekati dia dan menasihati dia agar tidak terjerumus ke dalam kancah yang sama kerana kita semua nak masuk syurga Allah SWT sama-sama.😉

Comments