Kata- kata yang cukup memotivasikan aku ketika aku down dan stress. Bukan senang nak senang ialah satu pembakar semangat bagi sesiapa yang merasakan hidup ini tidak adil, susah, banyak halangan untuk berjaya, untuk terus keep o track melakukan apa sahaj yang kita sedang usahakan. Untuk hidup senang, mewah, selesa dan sebagainya bukanlah perkara mudah untuk dicapai kerana yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang. Secara analogi mudahnya, apabila kita hendak makan, kita mesti bergerak untuk mencari makan, bergerak untuk menyuapkan makanan ke dalam mulut kita. Semua yang kita lakukan untuk makan, yang pentingnya ialah menggerakkan anggota badan kita supaya makanan tersebut dapat dikunyah dan ditelan, malah untuk mengunyah pun kita perlu menggerakkan anggota mulut kita. Begitu juga dengan hidup kita, setiap satu perkara yang kita inginkan, kita mestilah berusaha untuk mendapatkannya sama ada ingin 4 flat, hidup bekerjaya, gaji mewah dan yang paling penting sekali ialah untuk mendapatkan syurga. Untuk dapatkan semua itu, kita perlu rajin belajar, fokus dalam kelas, komitmen dalam kerja, beribadat dan sebagainya.
Bukan susah nak susah pula ialah mudah sahaja sebenarnya kalau kita nak hidup susah. Contohnya, apabila kita malas untuk melakukan sesuatu perkara, kita hanya ingin berehat di katil, menyuruh orang menyuapkan makanan, meminta orang membelikan barang, kita berasa senang pada permulaannya tapi di tengah dan di akhir jalan, kita rasa susah. Sebab apa? Sebab waktu itu badan kita dah mula rasa sakit sebab tak biasa bergerak aktif dan berat badan mula naik, apabila berat badan makin naik, kita pun malas untuk melakukan apa-apa aktiviti. Akhirnya, kita hanya menjadi orang yang susah dan tak berguna pada masyarakat.

Comments
Post a Comment