Salam sejahtera semuanya...
Bercerita tentang amanah dan tanggungjawab, aku telah dilantik sebagai setiausaha kerja dalam Persatuan Mahasiswa Anak Johor Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2018/2019 (PERMAJ UKM). Pada mulanya aku menerima tanggungjawab ini dengan berat hati kerana aku tahu bukan mudah untuk membahagi masa belajar dan aktif berpersatuan lagi-lagi sebagai setiausaha yang sentiasa sibuk dengan surat-surat untuk setiap program yang dijalankan. Apatah lagi PERMAJ sememangnya dikenali dengan persatuan yang paling aktif di UKM. Tetapi lama kelamaan aku dapat menerima hakikat 😅 dan aku sendiri telah membuat keputusan untuk menggalas tanggungjawab tersebut kerana sebelum aku mendaftar dan tiba di UKM, aku memang sudah tetapkan azam untuk mencabar diriku daripada kebiasaan kehidupanku, aku inginkan kelainan, ramai kenalan, variasi kehidupan, mengetahui tahap kemampuan agar aku boleh jadi insan yang berguna dan serba tahu bukan untuk orang lain tetapi untuk diri aku juga. Apabila aku tahu serba sedikit cara untuk berurusan dengan orang, mengorganisasi sesebuah acara atau program dan mengenali ramai orang, sekurang-kurangnya aku dapat berbakti kepada masyarakat semula selepas keluar dari universiti nanti, in shaa Allah 😀
Pesanan untuk aku dan semua jangan kita takut untuk mencabar diri kita daripada kehidupan seorang pelajar yang biasa kepada pelajar yang luar biasa dan ke arah yang lebih baik dan berjaya sekiranya kita ingin menjadi insan yang bermanfaat pada masyarakat dan negara, Jangan pula kita lupa dan abaikan tanggungjawab kita jika kita sendiri dengan rela hati menerima tanggungjawab tersebut dan jangan pula kita asyik dengan dunia, sampaikan kita gila kuasa, pangkat dan harta dek kerana terlalu taksub dengan penghormatan yang diberikan oleh manusia.
#duniahanyasementara
#duniatempatberpen
#atakhirattempatberehat
Sekian😊

Comments
Post a Comment