SPM 2018

ADIKKU BERJAYA DENGAN CEMERLANG =)

Alhamdulillah..adikku Nuratiqah berjaya menempuh peperiksaan SPM 2018 dengan jayanya hahahah. Keputusan yang dia dapat ini benar-benar mengejutkan kami sekeluarga kerana kami tidak mengharapkan apa-apa daripada dia. Kami hanya katakan kepada dia, "Buatlah sehabis baik yang Iqah boleh". Ini disebabkan berdasarkan peperiksaan PT3 dia yang lepas, sikapnya terhadap pelajaran agak acuh tak acuh tetapi dalam tempoh beberapa bulan sebelum SPM, dia telah menunjukkan sikap komitednya dalam pembelajaran walaupun kami sedar yang dia banyak tidur juga ketika belajar hahaahah mungkin dalam mimpinya masih berkira-kira jawapan untuk soalan matematik heheheh ok tak lawak.

haa...siapa nak tahu keputusan dia?? hebat sangat ke ?? hahaha

Alhamdulillah dia memperoleh 8A 1B tapi tak semua la dia dapat A solid, campur-campur A nya tapi aku tak ingat la..bagi kami sekeluarga, sudah cukup hebat dan bersyukur kami kerana dengan hasilnya keputusan ini, kami memang tahu dia sudah buat sebaik mungkin. Sampai menangis dia bila cikgu umumkan nama dia untuk naik ke atas pentas. Aku rasa dia pun tak expect untuk dapat A sebanyak itu.

Cerita aku ini bukanlah bermaksud aku dan keluarga betul-betul menekankan soal result SPM ini..tapi kami hanya inginkan yang terbaik buat dia, bukankah keputusan yang elok itu akan membawa dia ke arah pembelajaran yang lebih cerah dan terbuka? Begitu juga dengan murid lepasan SPM yang lain, tidak semestinya keputusan yang kurang elok dan tidak memberangsangkan tidak akan membawa kepada jalan yang lebih terbuka kerana ini semua bergantung kepada rezeki masing-masing. Yang pentingnya adalah bagaimana dan apa yang kita nak buat dengan keputusan yang kita peroleh itu. Adakah kita sekadar reda tanpa mengusahakan sesuatu yang lebih baik untuk masa depan kita? Tidak bukan..Saya pasti semua manusia di bumi ini hendak mencapai yang terbaik dalam hidup mereka jadi jangan sesekali sia-siakan peluang yang datang dan berbuatlah sedaya dan upaya mungkin dalam mengerjakan sesuatu perkara.

Sekian...



Comments