EXPLORING GRADUATES CAREER FESTIVAL- GRAD FEST 2018

Grad fest 2018 26-28 Februari 2018

First of all, pengalaman berprogram kali ini benar-benar memberi kesan pada hidup aku. Pertama kali aku pegang post protokol which is i do not know anything about protocol, procedure, doing emcee scripts and being an usher. Mujur ada senior yang banyak membantu dan membimbing bagaimana sebenarnya tugas post protokol. Pelbagai pengalaman yang aku dapat sepanjang kami menjalankan program tersebut. Aku didedahkan dengan situasi yang tidak dijangka yang mana aku perlu berfikir dan bertindak pantas agar situasi tersebut tidak bertambah teruk. Slot yang aku uruskan iaitu Grooming Session yang dijalankan pada 27 Februari agak kelam kabut pada awalnya kerana speaker yang dijemput tidak hadir dan speaker tersebut menghantar kawan-kawannya untuk mewakilinya. Asalnya pada waktu rehearsal, semuanya berjalan lancar tetapi sewaktu hari kejadian, usher tidak dapat mengiringi mereka kerana tiada info tentang kehadiran mereka lalu mereka hanya masuk ke dalam dewan kuliah dan set up tempat tersebut. Situasi tersebut telah banyak memberi aku pengajaran untuk sentiasa bersedia dengan back up plan dan berfikiran kritis agar masalah seperti itu tidak berulang lagi.

Aku juga belajar memahami sifat manusia yang kadang kala hanya lepas tangan apabila saat-saat kritikal sedang berlaku tetapi tidak lupa juga pada manusia yang sering menolong dan sentiasa ada untuk membantu menyiapkan kerja-kerja yang masih belum selesai.

But overall aku happy sebab aku dapat belajar macam-macam perkara yang sememangnya tidak akan diajar di kelas.

Aku ada sertakan beberapa gambar bersama kawan-kawan aku yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam mengendalikan sesebuah program.




Sekian ...

Comments