Mungkin agak terlambat untuk aku post mengenai perkara ini tapi aku merasakan bahawa tidak salah untuk berkongsi ilmu yang kita tahu walaupun sedikit. Mana tahu rezeki kita panjang umur dapat mempraktikkan amalan ini untuk tahun depan pula in shaa Allah amin.
Pada malam 18 Mac 2018 tempoh hari adalah malam pertama bagi bulan rejab 1439H. Malam pertama bulan Rejab merupakan malam yang mustajab doa. Jadi mintalah apa sahaja kepada Allah maka Allah kabulkan sama ada cepat atau lambat. Doa yang diajarkan Nabi SAW kepada kita ialah:
Ertinya "Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'aban serta sampaikanlah kami dengan bulan Ramadan". Kita boleh amalkan doa ini sepanjang bulan rejab dan syaaban.
Kata para ulama',Rejab bulan istighfar, Sya'aban bulan selawat dan Ramadhan ialah bulan Al-Quran. Hikmahnya adalah kita hendaklah membersihkan hati kita dengan istighfar dahulu sebelum menerima limpahan cahaya dan manfaat serta rahsia-rahsia Al-Quran pada bulan Ramadhan kerana cahaya itu tidak akan masuk ke hati yang gelap.
Bulan Sya'aban pula dikhaskan untuk banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi SAW supaya kita dapat memperbaiki hubungan kita dengan Rasulullah. Manakala pada bulan Ramadhan, kita digalakkan untuk mengkhatamkan al-Quran pada bulan tersebut. Lebih banyak, lebih bagus, lebih pahala dan keberkatan..in shaa Allah amin.
Dalam bulan Rejab juga kita disunnahkan untuk banyak berpuasa lagi-lagi pada hari jumaat, sabtu dan ahad. Kita juga digalakkan untuk mengakui semua dosa kita kepada Allah dan banyak bertaubat kepadanya kerana bulan Rejab ialah bulan terbaik untuk melakukannya. Kita juga boleh mengenal Rasulullah SAW dengan lebih dekat dengan memahami peristiwa Isra' dan Mikraj yang juga berlaku pada bulan Rejab.

Comments
Post a Comment