Bootcamp Duta Jauhar 5.0 (1-5 Mac 2018)
Duta Jauhar (DJ) merupakan idea daripada Menteri Besar Johor Dato' Muhammad Khaled Nordin yang bertujuan untuk mengajak mahasiswa mentrasformasi masyarakat. Walaupun namanya Duta Jauhar tetapi semua mahasiswa daripada pelbagai universiti dan negeri juga boleh bersama-sama menyertai program ini. Visi Duta Jauhar adalah menjadi peneraju unggul keusahawanan sosial di negeri Johor menjelang tahun 2026 ke arah Johor berkemajuan.
Program DJ ini telah menyediakan platform untuk para mahasiswa memulakan perniagaan yang berkonsepkan keusahawanan sosial yang mana setiap projek yang ingin dilakukan mestilah mempunyai golongan sasaran yang boleh dibantu daripada segi pendapatan, kemahiran dan nilai-nilai positif yang ada pada diri manusia. Sebagai contoh, kami daripada pelajar UKM yang terdiri daripada 13 orang ingin melakukan satu projek yang dinamakan Triple R Box. Projek. Triple R Box ini adalah berdasarkan konsep 3R iaitu reuse, reduce & recycle di mana kami membuat pencil box, tote bag, book cover, laptop case & bottle case daripada pakaian-pakaian terbuang ataupun yang sudah tidak digunakan lagi iaitu jeans dan songket. Apa yang uniknya tentang produk kami ialah kami hanya mengehadkan satu rekaan hanya untuk satu pelanggan bagi yang ingin menempah khas daripada kami (custom design). Selain itu, kami juga menyediakan produk-produk yang telah dibuat dahulu (ready stock) bagi yang ingin rekaan yang simple tapi menarik.
Semasa di bootcamp, aku berkenalan dengan pelbagai manusia yang hebat-hebat daripada segi idea, kepimpinan, kemahiran dan cara bercakap di depan khalayak ramai. Di bootcamp juga, projek-projek dari universiti lain turut diperkenalkan. Antara yang menjadi perhatian aku ialah Projek Sepatu Walk, Projek Peria, Projek Arang Tempurung Kelapa dan banyak lagi. Untuk info yang lebih lanjut boleh layari laman web DJ iaitu www.dutajauhar.my
Ini ialah gambar aku bersama team UKM Triple R Box dan team Morphe G dari UKM juga.

Ini pula gambar kumpulan yang dibentuk semasa botcamp ...The Tiger!
Comments
Post a Comment